Ruffera
Poster konsert Ruffera ‘That Moment In Time’ ( Sumber Foto: Ihsan YOLO Malaysia )

KUALA LUMPUR – YOLO Malaysia bakal membawakan penampilan khas, Lah Ahmad dan penyanyi utama kumpulan Insomniac, Iqie selepas konsert Ruffera ‘That Moment In Time’ di Singapura pada Jun lepas.

Mereka akan mengadakan persembahan bersama RUFFEDGE di konsert Ruffera ‘That Moment In Time’ di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 19 Ogos ini.

Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, Haniff Hamzah berkata pihaknya untuk konsert kali ini, pihaknya akan membuat sedikit kelainan khas untuk peminat.

“Dengan memberi sedikit kelainan bagi konsert di Kuala Lumpur, kami bawakan khas persembahan daripada penyanyi R&B terkenal, Lah Ahmad sebagai penyanyi undangan khas pada malam bersejarah itu.

“Disamping itu, kami juga membawa bakat baru dalam industri seni Zeppo Youngsterz
yang baru sahaja menjadi juara dalam pertandingan tarian Body Rock USA di Amerika Syarikat, baru-baru ini,” katanya.

Dengan mengekalkan DJ UNO sebagai artis undangan tetap bagi Ruffera ‘That Moment In Time’ Live In Concert, penonton semua akan disajikan dengan alunan muzik di zaman kegemilangan R&B & Hip Hop satu ketika dahulu.

Sebagai penganjur, YOLO Asia & Malaysia akan terusmemberikan lebih banyak lagi konsert bertaraf dunia yang akan mewarnai persada muzik negara.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *