KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P 161 Pulai, Johor berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, berkata selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi berkenaan dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan suruhanjaya itu bahawa ada kekosongan.

“Saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 25 Julai 2023 kepada Pengerusi SPR bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Pulai, Johor telah meninggal dunia pada Ahad, 23 Julai 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *