TUARAN, SABAH – Ketua Polis Daerah Tuaran, Supt Noraidin Maidin menasihati penduduk sini agar menghentikan semua aktiviti rekreasi dan perkelahan di sungai dan tepi pantai buat sementara waktu ketika musim tengkujuh dan cuaca tidak menentu.

Beliau berkata ianya termasuk kawasan-kawasan yang berisiko yang membahayakan nyawa.

“Justeru, orang ramai khususnya para ibu bapa atau penjaga hendaklah sentiasa memantau pergerakan anak masing-masing bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini berlaku.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa peka dengan nasihat dan amaran daripada agensi keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

“Semua pihak pengusaha pusat pelancongan di daerah Tuaran terutamanya yang melibatkan aktiviti sedemikian juga hendaklah memastikan aspek keselamatan diutamakan,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *