Kahwin
Ahmad Adzyan dan Magfirah ( Sumber Foto: Portal Detik )

SULAWESI, INDONESIA – Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Polewali Mandar, Sulawesi Barat, Indonesia, memilih untuk ‘melarikan diri’ bagi meneruskan pelajaran daripada berkahwin kepada kekasihnya, 16.

Faisal Ashari dikatakan menghilangkan diri tiga hari sebelum majlis pernikahannya dengan Magfirah.

Memandangkan persiapan sudah dibuat, abang Faisal, Ahmad Adzyan menggantikan tempat adiknya dengan bersetuju menjadi pengantin lelaki.

Menurut laporan portal Indonesia, Detik, majlis tersebut berlangsung seperti dirancang pada Sabtu lalu.

“Faisal masih mahu sekolah, dia belum bersedia (untuk menikah)” kata sepupu pengantin lelaki, Linda.

Linda mengatakan kedua-dua bakal suami yang lari dan pengantin masih pelajar namun keluarganya terburu-buru menikahkan mereka.

“Apa lagi baru SMA kelas satu (Tingkatan 3), makanya menjelang hari pernikahan dia terus melarikan diri.

”Pihak keluarga enggan membatalkan akad pernikahan yang sudah diatur dan abang kepada Faisal ditunjuk menjadi pengganti.

“Selepas tiga hari menunggu, abangnya, Ahmad Adzyan, menawarkan diri demi melangsungkan majlis,” katanya.

Ahmad juga dikatakan bersetuju untuk bernikah dengan gadis pujaan hati adiknya kerana mahu menjaga nama baik keluarga.

Keluarga pengantin perempuan juga menyambut baik calon ganti itu manakala Magfirah dikatakan menerima lamaran kerana sakit hati dengan Faisal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *