Bomba
Pasukan bomba di lokasi kejadian ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SANDAKAN, SABAH – Pemandu sebuah Mitsubishi Lancer maut selepas kenderaan terbabit terbabas ke dalam parit di tepi jalan berhampiran Happy Mart di Taman Indah Jaya sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, mangsa yang dikenal pasti sebagai Mohammad Ikhlas Rosmi ditemui tersepit dalam keadaan terlentang di bahagian pemandu oleh pasukan Bomba.

“Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah.

Operasi kemudian ditamatkan pada jam 5.57 pagi.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *