PHNOM PENH – Kerajaan Kemboja mengeluarkan arahan melarang penjualan dan meminum semua jenis alkohol selama dua hari, pada 22 dan 23 Julai, sempena Pilihan Raya Umum (PRU) di negara Asia Tenggara itu.

Ditandatangani oleh Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen dan dikeluarkan kepada media pada Jumaat, arahan itu bertujuan mencegah gangguan sosial dan memastikan pilihan raya berjalan dalam suasana bebas dan adil tanpa keganasan dan intimidasi.

“Semua rakyat Kemboja, warga asing, peniaga dan penjual di Kemboja… mesti menggantung penjualan dan minum arak sehari sebelum hari pilihan raya dan pada hari pilihan raya,” menurut arahan itu.

Sebanyak 18 parti politik akan bertanding untuk merebut 125 kerusi Dewan Rakyat dan lebih 9.7 juta orang layak mengundi, menurut Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC).




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *