The 1975
Penyanyi Matty Healy ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

PETALING JAYA, SELANGOR – Kumpulan muzik England, The 1975, diharamkan di Malaysia berikutan aksi yang mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di atas pentas Festival Good Vibes di Sepang malam semalam.

Penyanyi Matty Healy didakwa bersuara menentang undang-undang Malaysia terhadap komuniti LGBT dengan mencium pemain bass lelaki kumpulan terbabit.

Healy juga kelihatan meminum arak dan dipercayai mabuk semasa persembahan mereka yang ditamatkan kira-kira setengah jam lebih awal.

Dalam video yang dikongsi secara meluas di media sosial, Healy memberitahu orang ramai bahawa persembahan itu telah tamat kerana mereka “telah diharamkan dari Kuala Lumpur”.

“Saya tak nampak alasan kenapa mengajak kami (1975) ke negara ini dan memberitahu dengan siapa kami patut lakukan hubungan seks,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil meluahkan kekecewaan terhadap tindakan Healy.

“Ini satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok, dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh,” katanya.

Ini bukan kali pertama the 1975 berkelakuan demikian. Di Dubai pada tahun 2019, Healy bertindak seorang peminat lelaki di atas pentas namun tidak dikenakan tindakan undang-undang.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *