Shahelmey
Shahelmey (dua kanan) menyerahkan cenderamata kepada Kazim Elias ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

PUTATAN, SABAH – Seramai 5,000 jemaat hadir ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah di Masjid Daerah Putatan, pada Khamis.

Antara pengisian sambutan berkenaan adalah sesi ceramah bertajuk Hijrah Satu Pengorbanan yang disampaikan oleh penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias.

Dalam ceramah berkenaan, Kazim mengingatkan para hadirin tentang lima perkara iaitu menunaikan solat awal waktu, segera menikahkan seorang wanita jika bertemu jodoh yang baik, menguruskan jenazah, bersegera menyajikan makanan kepada tetamu dan jangan menangguhkan taubat.

Majlis yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya itu turut menyaksikan Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Matin Datuk Pandin dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Putatan.

Hadir sama, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Awang Sahari dan Pegawai Daerah Putatan, Mokhtar Hussin yang juga Pengerusi Penganjur Bersama Program Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Putatan Tahun 2023. — JABATAN PENERANGAN SABAH 

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *