Scc
George, Redonah dan Surinam menunjukan tanda terbaik Beras Basmathi yang terjual di SCC Outlet UTC Kinabalu hasil kerjasama degan SABARAS seagai pembekal ( Sumber Foto: Ihsan SCC )

KOTA KINABALU, SABAH – Program Inisiatif Pembangunan Usahawan akan diperluasi diseluruh daerah meliputi empat zon di Sabah kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) George Taitim Tulas.

Beliau berkata empat zon itu Zon Utara meliputi Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Ranau, Zon Pantai Timur Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Tawau, Zon Selatan Papar, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau, Sook, Tambunan, manakala Zon Pantai Barat Kota Kinabalu dan Likas.

“Kesemua tempat itu ada terdapat pejabat Sabah Credit Corporation dan di Kota Kinabalu kami mempunyai satu outlet yang beroperasi di UTC Kota Kinabalu katanya.

Beliau berkata demikian semasa membawa melihat keadaan outlet yang terdapat di UTC Kota Kinabalu semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi SCC, Datuk Surinam Sadikun dan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Redonan Bahanda.

SCC Outlet merupakan satu kedai runcit yang mempromosi dan menjual barangan tempatan hasil daripada usahawan tempatan serta bahan-bahan makanan segar.

Operasi outlet ini mendapat kerjasama daripada beberapa jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Perindustrian, LKTNS, KPD, SABARAS, Urban Farmers dan beberapa lagi.

Menurut George, SCC juga menyedia perniagaan Mobile Trailer kepada peniaga-peniaga kecil yang ingin menceburi bidang Mobile Trailer.

“SCC turut menyediakan Skim Pinjaman Mobile Trailer dan terbuka kepada warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dan mempungai lesen perniagaan atau lesen-lesen yang berkaitan.

“Terbuka kepada graduan, yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dan yang memulakan perniagaan,” jelasnya.

Sebarang pertanyaan boleh datang ke pejabat SCC di seluruh daerah atau hubungi Khidmat Pelanggan 013-8187783 (Whatsapp) telefon 088-323975.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *