Isnin
Isnin (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Ahli Majlis dan Ketua-ketua jabatan yang hadir dalam Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Daerah Tenom, bagi sesi 2023-2025 ( Sumber Foto: Ihsan KKTP )

TENOM, SABAH – Seramai 18 Ahli Majlis Daerah Tenom menerima watikah pelantikan bagi sesi 2023-2025 pada Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Daerah Tenom yang diadakan di Hotel Perkasa, di sini, semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pembantu Menteri I Kemementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih yang meminta Ahli-ahli Majlis agar bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam meningkatkan kutipan hasil dan memastikan kesejahteraan penduduk daerah ini.

Selain itu, beliau turut mengingatkan agar cukai ses tanah ladang besar perlu dikutip.

“Para pemilik binatang peliharaan dan ternakan juga perlu dinasihatkan agar tidak membiarkan haiwan seperti kerbau, lembu dan anjing berkeliaran tanpa pengawasan.

“Haiwan peliharaan atau ternakan yang didapati berkeliaran perlu ditangkap dan kompaun dikenakan kepada pemilik,” katanya.

Tambahnya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersama Ahli Majlis perlu memainkan peranan dalam menjadikan daerah ini bebas daripada haiwan berkeliaran seperti anjing yang boleh memudaratkan orang ramai dan perlu ditangkap.

“Para pemilik perlu mengawasi haiwan peliharaan dan ternakan masing-masing,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Daerah Tenom, Mas Syazwan Masood dan Pegawai Eksekutif, Mohamad Saidi Mohamad Ibrahim.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *