Hajiji
Hajiji dan tetamu khas lain bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Persantapan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada Ahad ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag merupakan antara tetamu khas yang menghadiri Majlis Persantapan Sempena Hari Keputeraan Ke 77 Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman pada Ahad.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Pada Sabtu Hajiji dan Juliah mengadap Sultan Hassanal Bolkiah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohamed Alam di Istana Nurul Iman.

Mereka turut menghadiri Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam dan Majlis Istiadat Barisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *