Mak nyah
Danny dan Nurazearah Fateha ( Sumber Foto: Portal mStar )

KLUANG – Sepasang bekas ‘mak nyah’ dan ‘pengkid’ selamat bernikah di Ulu Remis pada Sabtu.

Berdasarkan sumber mStar, Danny, 40, berkata dia dan Nurazearah Fateha, 22, sah bergelar suami isteri dengan lima kali lafaz gara-gara gementar.

“Saya bersyukur kini boleh solat berjemaah bersama-sama dengan Yan setelah sah bergelar isteri” katanya.

Danny menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin emas kepada Nurazearah atau Yan dengan wang hantaran yang dirahsiakan.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah di rumah pengantin perempuan terletak di Kampung Layang Layang.

Danny turut memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

“Sepatutnya segala urusan dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan. Tapi saya dan Yan baru sahaja kenal lima hari terus nak kahwin, jadi masa memang singkat.

“Tapi saya bersyukur setelah lebih kurang sebulan setengah berkenalan dan melakukan persiapan, kami berdua akhirnya disatukan juga.

“Saya dan Yan sangat lega dengan ketentuan Allah ini apabila majlis perkahwinan berlangsung dengan baik,” ujar Danny yang mengusahakan perniagaan salun rambut di Ampang, Selangor.

Kisah cinta mereka berdua bermula di sebuah restoran Arab di sini hanya lima hari sebelum tarikh nikah.

Danny berkata tanpa dirancang, nalurinya yang sebelum ini tertarik kepada kaum sejenis akhirnya kembali kepada fitrah selepas bertemu Nurazearah.

“Saya sebelum ini tidak pernah bercinta dengan perempuan, lebih cenderung dengan lelaki.

“Teman wanita saya ni senang dengan panggilan Yan, dia yang datang tegur saya. Dia cakap saya ini cantik.

“Yan sebenarnya terkejut apabila tahu umur saya dah 40 tahun sebab dia ingat saya masih 20an, awet muda begitu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *