Met
Logo Jabatan Meteorologi Malaysia ( Sumber Foto: Laman media sosial rasmi Facebook METMalaysia )

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai Ribut Tropika Talim yang berada kira-kira 1,327 kilometer (km) barat laut Kudat, Sabah.

Dalam satu kenyataan hari ini, MetMalaysia berkata ribut itu dikesan di latitud 18.8 utara dan longitud 116.1 timur, kira-kira 451 km tenggara Hong Kong, China.

Jabatan itu juga berkata berdasarkan pemerhatian pada pukul 8 pagi, ribut itu bergerak ke barat-barat laut pada kelajuan 10km sejam (km/j) dan boleh mencapai kelajuan maksimum 92km/j.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan,” tambahnya.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *