Christina
Christina (dua dari kiri) menyampaikan sijil pelantikan Duta Muzium Sabah beserta cenderahati kepada Unduk Ngadau Kaamatan Negeri Sabah, Carol Abbey Gail ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) komited untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata Sabah mempunyai banyak daya penarik khususnya hasil produk etnik Sabah yang mampu menarik pelancong untuk datang ke Sabah.

“KePKAS komited untuk mensasarkan lebih ramai kunjungan pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri Sabah.

“Keunikan dan kepelbagaian budaya di Sabah berpotensi untuk menjadi produk tarikan kepada para pelancongan.

“Selain itu, hasil seni kreatif kraftangan dan seni budaya pelbagai etnik di Sabah juga mampu menjadi tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke negeri Sabah”, ujar beliau.

Christina berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Craft Exotica 2023 anjuran Jabatan Muzium Negeri Sabah di sini, pada Sabtu.

Program yang bermula hari ini hingga 23 Julai itu menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk bengkel pembuatan kraftangan, persembahan kebudayaan dan juga permainan tradisional.

Turut hadir dalam program tersebut Timbalan Setiausaha Tetap KePKAS Alesia Sion. — JABATAN PENERANGAN SABAH

 

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *