Lemas
Anggaran jarak mangsa dihanyutkan ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TUARAN, SABAH – Mayat seorang remaja yang dilaporkan hilang di Sungai Tuaran berhampiran Jambatan Gantung Kampung Damat- Kampung Lakang sini, ditemukan orang awam di Pantai Rukom, Kudat, kira-kira 100 kilometer daripada lokasi beliau dilaporkan tergelincir pada 8 Julai lalu.

Identiti mangsa, Mohd Hisham Iskandar Azli, 13, disahkan oleh ahli keluarga pada pukul 4.15 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam sebuah kenyataan berkata mangsa ditemui 9.10 pagi tadi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, mangsa bersama lima orang rakan dikatakan berada di atas jambatan gantung tersebut dan tergelincir jatuh ke dalam sungai.

Operasi pencarian sepanjang lapan hari yang melibatkan lebih 100 anggota daripada pelbagai agensi ditamatkan pada pukul lima petang tadi.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *