Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada majlis mengadap di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada Sabtu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia ( KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohamed Alam di Istana Nurul Iman pada Sabtu.

Terdahulu mereka menghadiri Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam Bagi Memperingati Hari Puja Usia Yang Ke 77 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah Tan Sri Datuk R. M. Jasni.

Hajiji dan Juliah juga menghadiri Majlis Istiadat Barisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Esok (Ahad) Hajiji dan Juliah akan menghadiri Majlis Persantapan Bagi Memperingati Hari Puja Usia Yang Ke 77 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *