Umno
Musliati menyampai bantuan awal ke IPTA kepada pelajar di sekitar ibu negeri ( Sumber Foto: Ihsan UMNO Kota Kinabalu )

KOTA KINABALU, SABAH – UMNO Bahagian Kota Kinabalu akan memperluaskan bantuan program awal kemasukkan pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam kalangan ahlinya di negeri ini.

Ketuanya, Musliati Muslimin berkata, peringkat pertama bantuan ini disalurkan kepada anak-anak Ahli Jawatankuasa Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri serta ketua cawangan khususnya di bahagian Kota Kinabalu.

Katanya, langkah ini dilihat mampu meringankan beban ibubapa sekali gus membolehkan mereka membuat persediaan awal sebelum ke belajar ke IPTA dan IPTS.

“Ini merupakan antara tumpuan UMNO Bahagian Kota Kinabalu untuk memastikan pelajar ini tidak tercicir mendapat bantuan bagi meneruskan pengajian ke peringkat tinggi.

“Program ini nampak kecil namun impaknya sangat besar kepada penerima terutama kalangan kepada ahli UMNO di Kota Kinabalu,” katanYa.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan bantuan awal IPTA kepada Ahli UMNO Bahagian Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Musliati berkata, sehingga kini jumlah ahli UMNO Bahagian Kota Kinabalu mencecah kepada 15,268 sekali gus memerlukan perhatian khusus agar mereka dapat diberikan bantuan sewajarnya.

“Sasaran kita adalah untuk membantu mereka dengan menawarkan pelbagai kursus yang boleh memberi manfaat kepada mereka,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan sama, Musliati berkata pihaknya menyasarkan menggalakan orang ramai untuk menjadi ahli UMNO Kota Kinabalu.

“Pelbagai platform mudah untuk menjadi ahli ini termasuk boleh mendaftarkan diri secara online atau datang kepada Pejabat UMNO Bahagian Kota Kinabalu di Wisma Milenia.

“Dalam tempoh sama kita akan anjurkan pelbagai program bagi menarik minat orang ramai menyertai ahli UMNO di masa depan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *