Jauteh
Jauteh menunjukkan barang rampasan kes

PENAMPANG, SABAH – Polis Sabah berjaya menumpaskan kumpulan perjudian ‘Calling Centre’ dan menahan 39 suspek dalam satu serbuan di sebuah pusat membeli belah sini pada 4 Julai lalu.

Serbuan itu melibatkan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis (IPK) Sabah dan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata pusat panggilan perjudian berkenaan menjalankan aktiviti mempromosi laman web perjudian, aplikasi perjudian dan pendaftaran serta kawalan keahlian pemain-pemain judi atas talian.

Jelasnya, antara suspek yang ditahan merupakan seorang warganegara China, 14 warganegara Indonesia dan 24 orang yang lain berwarganegara tempatan.

“Pihak polis turut merampas peralatan-peralatan seperti set komputer serta telefon yang disyaki digunakan dalam menjalankan aktiviti perjudian ini.

“Kes telah disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun, denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas, jika didapati bersalah,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *