Waktu
Poster single Waktu ( Sumber Foto: Ihsan Armani Entertainment Group )

KUALA LUMPUR – Penghasul konten viral media sosial yang kini bergelar penyanyi, Hasif Upin berganding dengan penyanyi terkenal, Ziana Zain untuk single berjudul Waktu.

Lagu ciptaan komposer Iqir Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat itu diterbitkan dibawah label rakaman Armani Entertainment Group.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Hasif berkata beliau sangat menghargai peluang bekerjasama dengan Ziana.

“Sejujurnya, Kak Ziana merupakan idola saya sejak dahulu lagi dan hampir kesemua lagu beliau saya hafal. Apabila diberi peluang keemasan ini oleh pihak rakaman, pasti saya sangat hargai.

“Sewaktu proses rakaman yang memakan masa selama dua jam di studio Damansara, Kak Ziana sangat merendah diri, sentiasa memberi semangat kepada saya dan banyak yang saya pelajari dari beliau.

“Peluang dapat berduet dengan seorang lagenda seni suara merupakan pengamalan yang sangat berharga dan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

“Saya hanya berharap agar lagu ini dapat diterima oleh semua pendengar dan semoga ramai yang menyukainya,” katanya.

Dalam pada itu, pelancaran single itu juga sekaligus mengembalikan Ziana kembali menyumbangkan suaranya.

“Mengapa sekarang? Jika bukan sekarang, bila lagi bukan? Saya akui apabila mendengar demo lagu ini buat pertama kali, hati terbuka untuk merakamkannya, dan ini juga adalah buah tangan yang paling istimewa buat semua peminat kesayangan yang tidak jemu-jemu menunggu sekian lamanya.

“Bayangkan, pihak AEG menunggu selama sembilan bulan untuk mendengar jawapan dari saya dan akhirnya saya bersetuju.

“Lagu ini sememangnya sudah tersedia dan hanya menunggu masa untuk dirakamkan
Alhamdulillah segala proses berjalan dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AEG Datuk Chua berkata lagu yang dikeluarkan itu merupakan karya yang dibanggakan oleh pihaknya.

“Gabungan Hasif dan Ziana adalah buah tangan terbaharu AEG yang amat kami banggakan. Bukannya senang untuk melamar penyanyi tersohor seperti Ziana untuk turut terlibat dalam projek ini.

“Namun kami yakin lagu ini mampu menjadi saingan hebat terhadap lagu-lagu lain yang ada di pasaran,” katanya.

Waktu merupakan sebuah lagu pop bergenre balada rock yang sedikit teatrikal dengan komposisi muzik dramatik.

Ia menceritakan tentang kisah penderitaan dua insan yang terluka akibat cinta yang lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *