Lpkp
Pengarah LPKP Sabah, Dairin Unsir (kanan) menyampaikan cenderamata kepada
Pengarah LPKP Sarawak, Masitah Annuar (kiri) – ( Sumber Foto: Ihsan LPKP Sabah )

KUCHING, SARAWAK – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Dasar-Dasar bertempat di LPKP Sarawak pada Selasa.

Tujuan mesyuarat tersebut adalah bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan pengangkutan kenderaan perdagangan di kedua negeri dan seterusnya menyelaras dasar-dasar serta peraturan sedia ada.

Antara yang dibincangkan ialah pelaksanaan peraturan kewajipan memasang alat Sistem Penentukedudukan Sejagat atau ‘Global Positioning System’ (GPS) dalam kenderaan perdagangan serta cadangan penyelarasan fi bagi permohonan lesen.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Pengarah LPKP Sabah, Dairin Unsir serta Pengarah LPKP Sarawak, Masitah Annuar.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *