Hajiji
Anwar mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengetuai delegasi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ke mesyuarat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan, di sini, semalam.

Hajiji yang juga merupakan pengerusi GRS itu diriingi oleh dua timbalannya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.

Mesyuarat terbabit diadakan di Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *