Hajiji
Sesi pertemuan Hajiji (kanan) dan Anwar (kiri) di Pejabat Perdana Menteri hari ini ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

PUTRAJAYA – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perkara berhubung pembangunan di Sabah, hari ini.

Mesyuarat selama sejam di Pejabat Perdana Menteri itu merupakan sebahagian daripada program rasmi Hajiji selama empat hari di ibu negara.

Hajiji juga akan mengetuai perwakilan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untum mesyuarat Majlis Perundingam Kepimpinan esok yang akan dipengerusikan Anwar bertempar di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur.

Hajiji juga akan mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk Persidangan Raja-Raja bermula Rabu ini di Istana Negara.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *