KOTA KINABALU, SABAH – Rakyat Sabah digesa memohon lebih 800 kekosongan kerja di salah sebuah syarikat pelaburan terbesar negeri ini, SBH Kibing.
Melalui pembangunan kilang pembuatan kaca solar di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan kilang pemprosesan pasir silika di Kudat, dianggarkan sebanyak 2,100 peluang pekerjaan telah diwujudkan di negara ini.
Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sabah (MIDE), Chan Loong Wei berkata, hanya 54 peratus kekosongan jawatan telah diisi berdasarkan.
“MIDE telah mengambil langkah proaktif untuk menangani keperluan tenaga kerja yang mendesak ini dengan mengadakan mesyuarat bersama jabatan dan agensi berkaitan serta institusi kemahiran dan pengajian termasuk Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Politeknik Kota Kinabalu.
“Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian, Thomas Logijin pada Khamis memastikan ia dapat diisi sebelum kilang mula beroperasi pada penghujung 2023.
“Antara jenis pekerjaan yang diperlukan segera oleh pelabur ialah chargeman, boilerman, jurutera wap, penguji gas, pemandu forklift dan penyodok dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan.
Chan berkata pelbagai faedah dan insentif juga akan ditawarkan kepada rakyat Sabah termasuk latihan di dalam dan luar negara untuk mendapatkan pensijilan berkaitan untuk kemajuan kerjaya.
“Peluang pekerjaan ini boleh dipohon melalui portal MYFutureJob, Jobstreet, Indeed dan Jora atau pemohon boleh menghantar resume di alamat e-mel sbhkibing@gmail.com.
“Sila hubungi Angelica Ashley Soon di talian 018-2801379 untuk sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.
Anggaran nilai pelaburan SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd dan SBH Kibing Silicon Materials (M) Sdn Bhd ialah RM2.48 bilion.