Hajiji
Hajiji bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima
kunjungan hormat daripada Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa.

Deligasi itu diketuai oleh Pengerusi MPN, Datuk Dr Sangkar Rasam.

Turut serta ialah Naib Pengerusi MPN, Joseph Alex Chang dan Romansa Lamin, Setiausaha, Simsudin Sidek, Setiausaha Pengelola, Sahrudin A.Harol, Ketua Wanita Sabah, Noriha Yakub dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Zaidi Jatil.

Menurut Sangkar, kunjungan itu bertujuan mempekenalkan MPN PKR Sabah kepada Hajiji selain memantapkan dan mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman yang sedia terjalin diantara MPK PKR Sabah dan Ketua Menteri.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Abdul Rahman Yakub.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *