Tawau
Pencarian Diteruskan.. beberapa ahli pasukan mencari dan menyelamat yang terlibat ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TAWAU, SABAH – Dua lelaki termasuk seorang kanak-kanak masih belum dapat ditemui setelah usaha mencari dan menyelamat (SAR) di Ladang Usahawan Borneo Burmas sini masuk hari yang ke-tujuh pada Rabu.

Iwan Musakir, 33, dan Al Fajri Anto, 11, dilaporkan hilang sejak 24 Jun (Sabtu) bulan lalu selepas sekumpulan lapan orang keluar memburu berhampiran Ladang OP 6.

Misi pencarian membabitkan 6 anggota Bomba, 8 Polis, 4 anggota Pasukan Komunikasi (SAPURA) dan 5 orang awam hanya dimulakan lima hari kemudian pada 29 Jun.

Laporan awal Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa dikatakan telah berpecah kepada beberapa kumpulan ketika di dalam hutan.

“Usaha mencari mangsa telah dilakukan oleh rakan-rakannya namun kedua-dua mangsa hilang masih belum dijumpai.

“Pasukan bomba berada di lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat seterusnya menjalankan operasi,” katanya.

Pegawai Operasi PBK II Rosli Suyut dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau berkata keluasan kawasan pencarian setakat ini sejauh 15KM.

“Keadaan yang berbukit menyukarkan pencarian. Operasi SAR ditangguhkan pada jam 6 petang dan akan disambung hari ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *