Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan…

KOTA KINABALU, SABAH – Peraturan kastam baharu yang mengehadkan jumlah bir bebas cukai yang boleh dibawa keluar dari Labuan boleh menjejaskan ekonomi pulau tersebut kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

“Status bebas cukai Labuan adalah pemangkin penting untuk pelancongan dan perdagangan tempatan.

“Perubahan peraturan yang mendadak, seperti mengehadkan pelancong kepada hanya empat tin bir, berpotensi menjejaskan ekonomi pulau itu,” katanya.

Beliau berkata sebagai penjawat awam kerajaan Sabah bertanggungjawab untuk menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan kesilapan atau peluang untuk penambahbaikan.

Beliau memohon kerajaan Persekutuan membuag dialog terbuka dan telus dengan penduduk Labuan, menilai semula langkah-langkah baru-baru ini, serta memberikan maklumat terkini mengenai kemajuan jambatan yang dicadangkan itu.

Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), menjangkakan tindakan pantas daripada Perbadanan Labuan, di bawah kendalian Tan Sri Anifah Aman, untuk menangani cabaran ini dan membimbing Labuan ke arah pemulihan ekonomi.

“Walaupun Labuan adalah Wilayah Persekutuan dan tidak mempunyai perwakilan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah, sejarah perkongsian kita dan keakraban geografi menekankan kepentingan isu ini untuk kita di Sabah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jeffrey menggesa kerajaan persekutuan untuk berkongsi maklumat terkini mengenai cadangan projek jambatan yang akan menghubungkan tanah besar Sabah dan Labuan.

“Walaupun isu ini berada di luar bidang kuasa Kerajaan Sabah, ia adalah topik kepentingan awam yang besar, yang sering menjadi tumpuan semasa kitaran pilihan raya.

“Pembinaan jambatan tersebut boleh menjadi projek infrastruktur yang mengukuhkan ketersambungan Labuan dan dinamik ekonomi,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *