MELAKA – Seorang lelaki mencekik adik kandungnya yang berusia 9 tahun hingga mati dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.
Menurut saksi kejadian yang juga jiran mangsa, suspek berusia 14 tahun itu didakwa bertindak demikian selepas gagal mengawal dirinya berkemungkinan akibat dirasuk.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan kejadian namun tidak mengulas lanjut memandangkan kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Berita lanjut menyusul.