Spr
Sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengesahkan menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-14 bagi enam negeri melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas berhubung penetapan tarikh penting PRU DUN Ke-15, Rabu ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata susulan pihaknya telah menerima notis pembubaran rasmi daripada Speaker DUN negeri yang terlibat, pihaknya akan mengadakan satu Mesyuarat Khas berhubung penetapan tarikh penting PRU DUN Ke-15 lusa ini.

“Mesyuarat Khas ini akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, yang akan membincangkan tarikh penting seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya itu.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas itu berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Minggu lalu, Kelantan menjadi negeri pertama dibubarkan pada 22 Jun, diikuti Selangor sehari selepas itu, tiga DUN akan dibubarkan 28 Jun iaitu Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah, manakala Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan Sabtu lalu.

Spr
Sekadar gambar hiasan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *