Hajiji
800 orang ahli Parti Warisan (WARISAN) Bahagian Tuaran mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sulaman yang dipimpin oleh Hajiji ( Sumber Foto: Ihsan Gagasan Rakyat )

TUARAN, SABAH – Lebih 800 orang ahli Parti Warisan (WARISAN) Bahagian Tuaran mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sulaman yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada Ahad.

Memetik sumber portal Gagasan Rakyat, mereka diketua oleh Timbalan Ketua Wira WARISAN Bahagian Tuaran, Abdul Salim menyerahkan borang keahlian kepada Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat dan Ketua Bahagian Sulaman di bilik mesyuarat parti itu dekat sini.

Hajiji mengalu-alukan menyertaan mereka dalan Gagasan Rakyat, yang sekaligus akan menubuhkan sebanyak 16 cawangan baru Gagasan Rakyat.

“Dengan kemasukan mantan ahli-ahli WARISAN ke dalam Gagasan Rakyat, akan bertambah kekuatan parti khususnya di bahagian Sulaman.

“Tiada masalah untuk mereka mahu menubuhkan cadangan -cawangan Gagasan Rakyat yang baru, yang penting ialah kerjasama dan kejujuran bersama-sama berjuang untuk pastikan parti tambah kuat.

“Saya berharap mereka bersama pemimpin dan ahli-ahli Gagasan Rakyat yang lain bekerja keras memastikan kemenangan lebih besar di kawasan Sulaman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” katanya.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, dengan keadaan politik negeri yang berubah, rakyat negeri ini cenderung memilih parti tempatan sebagai platform perjuangan mereka.

Namun katanya, ia tidak bermakna bahawa parti tempatan tidak dapat bekerjasama dengan parti nasional, sebaliknya kerjasama kedua-dua pihak juga amat penting.

Sementara itu, Hajiji mempengerusikan Mesyuarat Bil.2 Ahli Jawatankuasa Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sulaman.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *