Ria
Tangkap layar video sekumpulan pelajar Jepun mengerumuni Ria yang pengsan ketika bantuan kecemasan diberikan kepadanya ( Sumber Foto: Tangkap layar video tular di laman media sosial )

JEPUN – Baru-baru ini tular di media sosial berhubung seorang pelajar muslim bernama Ria yang secara tiba-tiba pengsan sewaktu aktiviti sukan di sebuah sekolah di negara berkenaan.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah guru-guru dan para pelajar lain segera berkerumun melindungi gadis beragama Islam itu sejurus dia tidak sedarkan diri.

Memetik sumber Tamu, sewaktu kejadian terbabit berlaku, sebahagian tudung pelajar berkenaan dibuka sewaktu bantuan kecemasan diberikan.

Video tersebut telah dimuat naik di saluran YouTube oleh akaun Keluarga Jepun-Indonesia pada 15 Jun lalu.

Ria difahamkan merupakan satu-satunya pelajar yang bertudung dalam kalangan pelajar lain di sekolah rendah berkenaan dan berasal dari Lombok, Indonesia.

Sementara itu, bapa Ria turut menyatakan kebimbangan selepas Ria dilaporkan pengsan.

“Ria tiba-tiba pengsan.  Saya tahu itu, saya buntu apabila mendapati anak saya pengsan. Apatah lagi, saya tidak dapat memberikan bantuan akibat keterbasan peraturan sekolah.

“Penjaga yang hadir tidak dibenarkan berinteraksi dengan pelajar,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau tetap bersyukur kerana rakan-rakan dan guru anaknya itu segera menutupinya ketika tudungnya ditanggalkan untuk pertolongan cemas.

“Mereka adalah kawan Ria dan gurunya segera membentuk satu bulatan bagi menutupi Ria yang diberi pertolongan cemas apabila tudungnya ditanggalkan.

“Sementara itu guru lelaki itu dengan ringkas memberitahu jurukamera supaya tidak mengambil gambar atau video,” katanya.

Tambahan lagi, dia juga tidak dapat menahan sebak dengan sikap guru dan rakan-rakannya yang bertoleransi walaupun berlainan agama.

“Saya risaukan Ria. Saya terkejut dan terharu hingga tidak dapat menahan air mata kerana guru dan pelajar sangat memahami dan bertolak ansur dengan Muslimah yang memakai tudung,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *