Ums
Pertukaran dokumen LoI antara UMS yang diwakili Dr. Lai Yew Meng (tengah) dan Dr. Enver (kiri) dari SSUA. Turut kelihatan Dr. Priscilla (kanan) – ( Sumber Foto: Ihsan UMS )

ANKARA, TURKIYE – Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menandatangani Surat Niat (LoI) dengan Social Sciences University of Ankara (SSUA) dalam satu majlis yang berlangsung di kampus SSUA di sini, baru-baru ini.

PPIB UMS diwakili Dekan, Prof Madya Dr Lai Yew Meng, manakala SSUA diwakili Pengarah Institute for Area Studies (IAS), Prof Dr Enver Arpa.

Menurut Dr Lai Yew Meng, pemeteraian LoI itu merupakan salah satu usaha ke arah memperkasakan agenda pengantarabangsaan bagi PPIB dan UMS secara keseluruhannya.

“Adalah diharapkan LoI akan mempelopori kolaborasi bersama pihak SSUA yang merupakan antara universiti awam tersohor di Turkiye khususnya dalam bidang sains sosial.

“Kedua-dua pihak juga berharap agar LoI ini menjadi batu loncatan ke arah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada masa terdekat,” katanya.

Sementara itu Dr Enver memaklumkan, pemeterian LoI berkenaan sebagai antara usaha ke arah penerokaan kerjasama dalam aspek akademik dan penyelidikan.

“UMS merupakan universiti awam pertama di Malaysia yang menandatangani LoI dengan Institute of Area Studies (IAS), SSUA.

“Dengan adanya kerjasama sebegini, diharapkan hubungan Malaysia-Turkiye dapat diperkasakan secara berterusan,” katanya.

Untuk rekod, Dr Lai Yew Meng melawat SSUA atas jemputan IAS di bawah Erasmus+ KA 107 International Mobility Program. Turut hadir, Timbalan Dekan Pascasiswazah dan Hubungan Antarabangsa PPIB, Dr Priscilla Shak yang juga peserta program mobiliti Erasmus+.

Hadir sama, Ketua Jabatan Pengajian Asia, Prof Madya Dr Hatice Celik; Penyelaras Erasmus+ KA 107 International Mobility Program, Dr Yusuf Avci; Profesor Madya Dr Hadiye Unsal dari Faculty of Theology, dan Mustafa Yasir Kurt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *