Sungai
Keadaan mayat mangsa ketika ditemui orang awma di Sungai Kampung Sapat – ( Sumber Foto: Gambar tular di media sosial )

PAPAR, SABAH – Mayat terapung seorang wanita tanpa kepala, kedua belah tangan dan kaki kiri ditemui menyangkut pada ranting pokok kayu di tepi Sungai Kampung Sapat di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, penemuan kira-kira jam 10.30 pagi dibuat oleh orang awam.

“Pasukan bomba kemudian dihubungi bagi mendapatkan bantuan untuk membawa naik mayat berkenaan ke darat.

“Hasil pemeriksaan mendapati mayat itu adalah seorang wanita yang dalam keadaan tidak berbaju…hanya kaki kanan yang tinggal iaitu bahagian paha ke paras lutut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya lagi, setakat ini punca kematian wanita yang dianggarkan berusia 30 ke 40 tahun itu belum dikenal pasti namun disyaki telah meninggal dunia kira-kira seminggu lalu.

“Setakat ini tidak ada laporan orang hilang atau belum balik ke rumah diterima oleh pihak polis,” katanya sambil menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *