Norlidah
Sesi foto bersama para penerima sumbangan YNJ ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA BELUD, SABAH – Seramai 173 golongan asnaf dari Kampung Tambatuon dan sekitar Mukim Kebayau menerima sumbangan Yayasan Nur Jauhar (YNJ), hari ini.

Sumbangan berbentuk wang tunai itu disampaikan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni dalam Majlis Penyerahan Sumbangan YNJ di dewan kampung berkenaan.

Turut hadir, Pegawai Daerah, Bakri Nanun dan Ketua Polis Daerah, Supritendan Sharudin Mat Hussien. — JABATAN PENERANGAN SABAH 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *