Hajiji
Hajiji menerima cenderamata daripada Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff semasa menerima kunjungan hormatnya di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Dr Mohammad Agus memberi taklimat mengenai peranan dan fungsi J-KOM dan
berharap dapat membina hubungan kolaboratif yang baik dengan kerajaan negeri menerusi program-program bersesuaian dengan konsep Malaysia Madani di bawah Kerajaan Perpaduan.

Katanya, melalui kerjasama yang erat antara J-KOM dan Kerajaan Sabah diharapkan
dapat memastikan para pegawai J-KOM Zon Sabah memberi penerangan yang baik
kepada masyarakat di negeri ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik Hajiji, Abdul Rahman Md Yakub, Timbalan Ketua Pengarah (TKP) (Komunikasi Komuniti), Datuk Ismail Yusop, TKP (Pengurusan), Zamri Yusoff, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Program, Kazidi Mohd Zainuddin dan Pegawai Penyelaras J-KOM Zon Sabah, Dr Diana Dominic.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *