Malim
Seorang malim remaja berusia 16 tahun terpaksa diusung turun oleh bomba sepanjang empat kilometer Gunung Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

RANAU, SABAH – Seorang malim remaja berusia 16 tahun terpaksa diusung turun sepanjang empat kilometer Gunung Kinabalu selepas mengalami serangan ‘acute mountain sickness’ (sesak nafas) dan gastrik pada pukul dua petang, Selasa lepas.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan seramai lapan orang anggota terlibat dalam operasi termasuk enam anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) dan seorang kakitangan Taman-Taman Sabah.

“Mangsa dibawa turun menggunakan Robinson Strecher dari KM4 Layang-Layang Gunung Kinabalu ke Timpohon Gate.

“Seterusnya mangsa dihantar ke Hospital Ranau menggunakan Jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 4.45 petang.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *