Hajiji
Dua orang Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) baharu, Nerudin Ludah bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai dan Mahadzir Abdul Majid bagi DUN Tanjung Keramat mengangkat sumpah jawatan di hadapan Hajiji ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAJ – Dua orang Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) baharu, Nerudin Ludah bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai dan Mahadzir AbdulMajid bagi DUN Tanjung Keramat mengangkat sumpah jawatan.

Kedua-dua pemimpin terbabit telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, semalam.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Pengarah Bahagian Kabinet dan Dasar Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ridhwan Roger Linus dan Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah, Datuk Awang Kadin Tang.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *