Hajiji
Hajiji diberi taklimat oleh presiden FCAS, Goh ketika sesi kunjungan hormat bertempat di Bilik Danum di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 140 pasukan dijangka akan mengambil bahagian dalam Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) 2023, tahun ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor diberi taklimat oleh presiden FCAS, Tan Sri T C Goh ketika sesi kunjungan hormat bertempat di Bilik Danum di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.

Goh memaklumkan Hajiji bahawa Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isterinya, Toh Puan Norlidah R. M Jasni
akan hadir acara yang akan diadakan selama tiga hari itu bermula 16 Jun kelak.

Pada masa yang sama, Goh turut memberi taklimat kepada Hajiji mengenai program-program yang diadakan sempena
dengan Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan yang dianjurkan oleh FCAS tahun ini.

Turut hadir, Pembantu Menteri kepada Kwtus Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Timbalan Presiden FCAS merangkap pengerusi penganjur, Datuk Susan Wong.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *