BERLIN – Syarikat induk Facebook Meta dikenakan denda sebanyak €1.2 bilion (US$1.29 bilion) kerana melanggar undang-undang data Kesatuan Eropah (EU), lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa perlindungan data Ireland DPC pada Isnin.

Kes ini berkaitan dengan keterlibatan Facebook dalam pengawasan massa oleh agensi perisikan Anglo-Amerika, yang didedahkan oleh pemberi maklumat AS Edward Snowden.

Firma itu telah melanggar Peraturan Perlindungan Data Am EU, menurut DPC seperti yang dipetik Bernama.

DPC ialah pihak berkuasa bebas yang bertanggungjawab menegakkan hak asasi individu di EU bagi melindungi data peribadi mereka.

Tiada kenyataan dikeluarkan pemilik Meta Mark Zuckerberg setakat ini. 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *