Juil
Juil (dua dari kanan) menyerahkan permohonan menyertai GRS kepada Hajiji (dua dari kiri) – ( Sumber Foto: Gambar tular di media sosial )

KOTA KINABALU, SABAH – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerima Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Juil Nuatim menyertai gabungan terbabit.

Setiausaha Agung GRS, Datuk Masidi Manjun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini membuat pengesahan berhubung perkara tersebut.

“Bekas Timbalan Presiden KDM, Datuk Juil Nuatim diterima sebagai ahli langsung GRS.

“Permohonannya diserahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang disaksikan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffery Kitingan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau itu mengumumkan keluar dari parti KDM.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *