KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim “masih sempat” menyertai mana-mana parti.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata demikian berhubung pengumuman Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) yang keluar dari parti terbabit.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata ini kerana pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat akan dilaksanakan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah esok.

“Dia belum maklumkan saya tapi saya berharap kalau betul, dia akan pilih satu parti untuk teruskan perjuangan politik dia.

“Itu terpulang kepada dia. Negara kita ini mengamalkan demokrasi jadi terpulang kepada ADUN-ADUN untuk membuat keputusan.

“Tetapi pada sidang DUN kali ini kita akan menggubal perlembagaan negeri kita untuk memperkenalkan RUU Anti Lompat Parti ini,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hakka, di sini, hari ini.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *