Razif
Razif (kanan) memilih bahan bacaan sempena program ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan )

KOTA KINABALU, SABAH – Program Jom Baca Bersama 10 Minit menggalakkan minat membaca dalam kalangan masyarakat termasuk penjawat awam.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi, Visual dan Seni Reka (BKVS), Razif Che Hashim yang juga penganjur program berkata, pelaksanaan program ini dapat menggalakkan masyarakat menjadikan membaca sebagai satu amalan.

“Amalan suka membaca dapat dijadikan contoh kepada generasi akan datang kerana kita lihat sekarang ramai di kalangan kita tidak minat membaca buku.

“Masyarakat masa kini lebih suka membaca melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

“Namun, kita mahu lebihkan pembacaan buku seperti buku ilmiah dan fiksyen maka Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah turut mengadakan Program Jom baca Bersama 10 Minit di peringkat jabatan bagi menyokong program ini.

“Diharap agar amalan membaca tidak terhenti di sini dan kakitangan akan sentiasa meluangkan masa menimba ilmu dengan membaca,” ujarnya ketika ditemui pada Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat JaPen Sabah di sini, pada Khamis.

Hadir sama dalam program berkenaan, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa.

Program Jom baca Bersama 10 Minit diadakan serentak di seluruh negara sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. — JABATAN PENERANGAN SABAH

 

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *