Hajiji
Hajiji dan Fadillah menyaksikan penyerahan kunci replika Rumah SMJ oleh Safar (kiri) kepada Mohd Fuad (kanan) – ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

PAPAR, SABAH –  Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof antara ribuan orang yang hadir di rumah terbuka Aidil Fitri dianjurkan oleh Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali dan ADUN Kawang Datuk Ghulam Haidarkhan Bahadar di Dewan SMK Pengalat di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Hajiji dan Fadillah menyaksikan penyerahan replika kunci sebagai simbolik 120 Rumah SMJ yang akan dibina di kawasan parlimen Papar.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong menyerahkan kunci kepada Pegawai Daerah Papar, Mohd Fuad @ Frederick Julianus Atik.

Safar dalam turut menyampaikan replika cek berjumlah RM1.2 juta untuk pembinaan padang sintetik Papar.

Terdahulu di Kota Kinabalu, Hajiji menyertai Yang di Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada majlis rumah terbuka Aiidilfitri Perkhidmatan Awam Persekutuan yang diadakan di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Negeri.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali, Speaker Datuk Kadzim Yahya, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Persekutuan Datuk Dr Zulkapli Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong, Persekutuan Negeri Setiausaha Datuk Makhzan Mahyuddin dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *